‘Dia nampak mcm perog0I bersiri’ – lsteri nafi pakai seksi, tegaskan leIaki tu yg pandang dia dgn pandangan gataI
RAKAMAN VIDEO TULAR ITU ADA DI BAWAH SEKALI
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh wanita terbabit menunjukkan, suaminya memarahi peniaga itu yang didakwa tidak beradab dengan isterinya menyebabkan dia bengang.
“Jaga adab tu bang! Abang tak ada adab dengan isteri saya, saya tak ada adab dengan abang! Okey?! Ingat, dosa dia (isteri) saya tanggung!” tegasnya.
“First time nampak suami I marah orang macam ni. I terkejut dia terus pergi sound abang ni selepas i beritahu dia.
“Time ni I rasa bangga jap sebab nampak suami I gentleman sangat bila orang kacau bini dia. Love you sayang.
“Abang ni (peniaga) jual buku kot kat event ni. Bila I lalu sebelah, dia terus cakap ‘Tak malu ke pakai macam ni?’. I terus pandang dia dan jeling, beritahu suami sebab dia still duk pandang-pandang.
“Perempuan please hati-hati kalau lalu sebelum abang ni,” katanya.
Di ruangan komen, netizen memberi pelbagai reaksi negatif dan positif.
“Betul, dia suruh jaga adab. If you’re stranger, as Muslims, you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah,” kata Izara.
“Kalau aku, aku tak bangga pun kalau laki aku macam ni. Aku lagi malu sebab kita ada suami, patut suamilah yang tegur cara pakaian isteri, bukan orang lain,” kata Mellow Ais.
“Nak backup isteri dah betul, tapi itulah tak kena tempat. Last-last semua orang backup pakcik tu,” kata Tuan MD Zaki.
Melalui pemerhatian di ruangan komen, majoriti netizen menyokong tindakan peniaga berkenaan membuat teguran itu meskipun pahit untuk ditelan.
Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
Susulan tular video seorang lelaki memarahi peniaga di Negeri Sembilan Festival 2022 (NSFEST) baru-baru ini hanya kerana menegur pemakaian isterinya, akaun TikTok wanita terbabit dihujani dengan pelbagai pertanyaan bagaimana pemakaiannya pada hari kejadian.
Tuan empunya badan, Mia Khalidah, tampil menunjukkan cara pemakaiannya dan sekali gus menjelaskan tujuan dia memuat naik video tersebut.
“Saya post bukan sebab nak orang kecam abang tu, saya post sebab abang tu memang nampak gatal. Dari jauh dia dah pandang atas bawah dengan pandangan nak terkam. Saya suruh hati-hati sebab takut orang lain kena ganggu atau raba atau apa-apa sebab dia nampak macam perogol bersiri.
“Tak tahulah dia abang ke adik sebab memang muda lagi dalam usia 20-an macam tu kot dan dia bukan pakcik ya guy’s.
“Masa tu saya jalan seorang sebab suami saya dah jalan ke depan. Bila saya lalu sebelah dia, terus dia cakap ‘Tak malu ke pakai macam ni?’ dengan nada menyindir dan biadab. Dia cakap tu slow je macam sekali lalu macam tu dan dia ingat saya tak dengar apa yang dia cakap.
“Saya pun terus jalan ke depan sebab macam tak dengar sangat dan masih blur lagi masa tu. Pastu baru saya macam boleh brain ayat dia. Saya stop dan pandang belakang, dia masih pandang saya macam atas bawah dengan pandangan yang gatal. Hanya perempuan je boleh tahu lelaki tu pandang macam mana.
“Dia bukan ‘tegur’ saya macam yang orang semua fikir tu. Dia memang sindir atau mengata. Tak tahulah nak explain macam mana. Saya beritahu suami saya sebab saya rasa itu macam harassment, bukan teguran.
“Suami saya pergi tu bukan terus sound. Dia bagi salam dan tanya, “Abang cakap apa dekat isteri saya tadi?”. Dia terkejut dan minta maaf sebab dia tahu salah dia. Mungkin dia ingat saya jalan seorang diri, dia cuba nak kacau-kacau tapi lain pula jadinya.
“Saya minta maaf kalau seorang orang rasa saya dan suami biadap dengan abang tu. Suami saya marah sangat sebab itu bukan teguran tetapi harrasment.
“Saya manusia biasa, tak sempurna dan memang betul saya tak menutup aurat. Saya boleh menerima teguran dengan hati yang terbuka, tak pernah melenting pun kalau orang tegur. Cuma silap suami saya cakap pasal dosa tu yang buat semua orang triggered.
“Suami saya selalu je tegur (pemakaian) saya sejak kitorang nikah dan saya terima dengan hati yang terbuka. Cuma saya berubah perlahan-lahan, bukan terus berubah secara drastik bertudung, berjubah tu semua. Dia dah jalankan tanggungjawab, dia tegur saya cuma saya yang belum betul-betul berubah. So, suami saya tak dayus. Itu dosa saya sendiri, bukan dosa orang lain.
“Mungkin dia tengah marah sangat masa tu, jadi dia pun tak fikir apa yang dia cakap dan main lepas je ya. Itu salah dari pihak kami. So baru saya tahu macam mana perasaan suami bila isteri diganggu lelaki lain.
“Saya takkan marah kalau orang tegur baik-baik dan bukan menyindir atau mengganggu macam tu. Saya harap korang faham dengan apa yang saya jelaskan ini. Terima kasih kepada semua yang tegur dan ambil berat. Semoga kita semua sama-sama berubah ke arah kebaikan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Dalam pada itu, Mia turut menunjukkan cara pemakaiannya apabila berada di tempat awam. Malah Mia menegaskan dia juga faham akan sensitiviti dan batasan bila sudah mendirikan rumah tangga.
“Saya pakai bajnu macam ni tak nampak pun buah dada terkeluar. Saya pun ada otak boleh fikir, takkan nak pakai bikini pergi tempat-tempat yang ramai orang macam tu.
“Saya ada suami, takkanlah saya nak pakai benda yang menarik perhatian orang lain, tak menjaga maruah suami? Cuma saya belum bertutup litup, tapi saya cuba perlahan-lahan. InshaAllah. Saya pakai macam ni pu ndia tengok macam nak terkam. Saya pun keliru,” ujarnya.
Tonton Video Suami Marah : SILA KLIK DI SINI
Tonton Video Penjelasan : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok Mia Khalidah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Untuk Komen Dan Share Banyak² Ya.. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Posting Komentar untuk "‘Dia nampak mcm perog0I bersiri’ – lsteri nafi pakai seksi, tegaskan leIaki tu yg pandang dia dgn pandangan gataI"